Hidup mengharapkan belas ihsan orang
umpama anjing kurap di jalanan basah .
Hidup tanpa ibu bapa yang menjaga
persis babi menelan najisnya sendiri .
Aku tak mampu nak marah .
aku letih dan lelah .
amukan aku takkan mengubah hakikat yang dia ibuku .
dan sebetulnya aku lega aku tak berhutang sebarang air susu darinya .
andai perlu ,
aku akan tarik nyawa aku
sebagai ganti dan bayaran pada dia kerna melahirkan aku .
aku benci segalanya!
aku benci bila orang menuduh aku!
aku benci bial ustazah bangsat tu menegur aku!
aku benci semua yang menasihati aku!!!
kau tak ada ibu yang memukul kau!
kau tak ada ibu yang sayangkan jantan lebih dari diri kau!
kau tak ada ayah yang tak mengaku kau anaknya!!
kau tak lalui penderitaan jiwa yang aku lalui ........
kau tak mampu faham rasa yang membunuh jiwa aku ....
jiwa aku kosong ....
dia rela siapkan persiapan sekolah anak tirinya
dan biarkan aku membuat segalanya sendiri .
dia rela beri jantannya makan
dan biarkan aku kelaparan .
dia rela menanggung hutang kerna anak tirinya mahu menyambung pelajaran di kolej swasta
dan memaksaku untuk bekerja kilang .
dia rela membelasah anaknya
tika anaknya pertahankan dia dari dimaki jantan keparat .
dia rela meninggalkan anaknya yang kecil
kerna nak keluar dengan jantan2 celaka lewat malam .
salahkah aku menderhaka??
salahkah aku melawan??
salahkah aku membenci kau??
salahkah aku memberontak???
salahkah aku berzina .
bukankah kau suka berzina dengan jantan2 .
aku kan anak kau
tentu aku akan mengikut jejak langkah kau
dan pada manusia2 yang menunding pada aku
bagi masa seminggu untuk aku perlakukan
apa yang ibu aku lakukan pada aku .
dan tiba saat itu
kalau kau masih menyalahkan aku
aku terima .