intan.
entah keberapa kali aku terasa dengan perbuatan.
percakapan dia.
entah keberapa kali aku terluka tapi tetap juga aku berdiri,
mendengar keluh kesah dia.
aduan demi aduan.
masalah yang tiada penghujung akibat dari sikap pengecut dia.
mulut yang gah berkata2 tapi menikus bila dia didepan mata.
tidak tahukah dia.
sekeras sekasar mana pun aku.
aku juga punya hati. perasaan.
yang bisa terluka dan terhiris.
yang mengerti erti sebuah kesakitan.
terlalu lama aku bersabar.
dengan sikap ketidakmatangan dia.
bertolak ansur dan diam walau betapa menyampahnya aku dengan attitude dia.
tapi dia..
tetap dengan sikap dia.
berterusan melukakan aku.
dan..
satu-satunya insan aku harap yang mampu mengerti.
memahami perasaan ini bertindak menyokong intan.
sepertimana dia menyokong "kawan baik" dia dulu.
dan menghadiahkan luka dalam yang hingga kini masih jua berdarah.
entahlah.
hatiku kosong sekosongnya.
berdarah kerana sikap insan2 yang aku sayang.
sampai bila?
jua aku tak pasti.
No comments:
Post a Comment