perkahwinan.
didefinisikan sebagai destinasi.
penghujung sebuah hubungan antara dua jiwa.
titik hidup yang amat dinanti bagi pasangan yang mabuk tercinta.
perempuan terutamanya.
ikatan yang menyatukan
menghalalkan.
selama aku bernafas.
pelbagai jenis.
ragam manusia aku temui.
lots yang aku despise
and few yang aku suka.
benci menjadi mainan bibirku.
argh..
memang.
aku pendukung kuat watak antagonist.
antagonist dalam dunia nyata.
realiti.
aku lebih bahagia begini.
benar aku perempuan.
yang seharusnya dihiasi dengan renda2 kelembutan.
indah sopan dan santun menjadi hiasan diri.
namun,
kalian harus mengerti.
ketahui.
tiada apa yang terjadi dalam dunia ni tanpa sebab.
there's always a reason.
no matter how petty it is.
dan aku begini.
keras.
kerna aku punya alasan.
bait pengalaman yang kamu tak termampu untuk lalui sepertimana aku.
sigh..
aku melihat gadis2. teman2ku.
cantik.
ayu.
terpesona dengan sepasang mata yang bening.
bibir yang indah terukir.
menyusun kata penuh sopan dan lembut.
andai aku terpegun.
apatah lagi lelaki diluar sana.
terkesima.
tapi.
hanya perempuan yang mengetahui rahsia wanita.
cantik luaran,
dalamannya belum tentu seindah rupanya.
vice versa.
gadis cantik.
yang ku temui.
adanya pengotor.
adanya desperate.
tidak langsung melambangkan anugerah Allah.
pengotor as in,
membuang kapas pencuci muka merata2.
baju kain bersepah.
pad. pantyliner.
and desperate..
banyak yang mahu ku perkatakan.
tentang sifat paling menonjol pada diri gadis.
buruk atau cantik.
desperate.
mengejar platform terakhir dalam sebuah cinta.
perkahwinan.
terdesak sehingga sanggup.
menjadi pilihan kedua.
terlanjur.
dan terburu2 memilih pasangan dengan membutakan mata andai sang arjuna hati melakukan kesilapan.
untuk apalah dikejarkan sangat gelaran puan.
ibu.
benar ia mengesahkan kita "laku"
hot item kerana dibooking awal oleh jejaka.
gadis.
tertutupkah hijab kalian.
pada hakikat sebuah perkahwinan.
liku dan duri yang akan kalian tempuhi bersama dan lebih teruk,
keseorangan.
sedarkah kalian.
pada tanggungjawab yang akan anda galasi setelah termeterainya ikatan itu.
amanah Allah pada nyawa2 yang bernafas dalam rahim kalian kelak.
benar cintu itu indah.
sakit tapi indah.
mampukah keindahan itu kekal andai pasangan yang dipilih itu dibuat tika anda terdesak.
terburu2.
mampukah ikatan itu abadi.
andai tiada kesefahaman antara kalian berdua.
tika bercinta.
anda merahsiakan perasaan.
memendam dengan alasan dia kekasih kau.
menipu diri sendiri.
hipokrit.
dengan menjadi gadis sopan.
lembut bicara hanya kerana mitos lelaki menyukai wanita sebegitu.
argh..
aku letih.
letih membahaskan isu yang tiada kesudahan.
letih melihat kebodohan kaumku hanya untuk manusia bernama lelaki.
letih menyaksikan aksi bodoh yang dilakukan perempuan hanya dengan alasan atas nama cinta.
aku letih.
melihat gadis2 ini.
terdesak.
menamatkan zaman bujang sekelipan mata.
dan menjanda walau penat.
lelah tika kenduri masih terasa.
perkahwinan bukanlah penghujung pada sebuah percintaan namun..
merupakan permulaan dugaan pada teguhnya cinta kalian..
*i guess i'm lucky.
to fall in love with my own best friend..
No comments:
Post a Comment