JellyPages.com
Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, October 30, 2010

entah lah...

bila cinta kini tak lagi tak bermakna..
yang ku rasa kini hanyalah nestapa...
frasa lagu cukup untuk buat aku menangis entah untuk kali ke berapa...
sebetulnya cinta membuat aku rapuh...

aku rasa semua insan yang pernah merasai cinta sememangnya pernah menangis..
menitiskan airmata kerana cinta...
aku tengok vid tentang cinta.. tah la... tiba2 aku rasa nak menangis..
memori lama cam dok rentap2 hati aku...

benar aku kuat jika berhadapan dengan musuh aku.. benar aku kental tika menyahut cabaran kehidupan..
dan memang aku keras bila dihina oleh teman2 tapi...
aku lemah bila aku gagal.. aku jatuh bila aku terluka.. dan aku rebah bila cinta pergi...
apa yang ada pada cinta sebenarnya... apa yang cinta berikan pada kita hingga kita menangis...
merintih seperti anak kecil yang kehilangan ibu...

insan sering menyalahkan takdir..
takdir penyebab kita kehilangan cinta... betul ke???
bagi aku tak..!
Allah telah tetapkan yang indah dalam hidup kita namun Allah jua telah tetapkan yang terburuk dalam hidup kita...
traffic light.. kita akan berhenti dan sambung perjalanan pada jalan yang kita mahu..
sama jua dengan hidup nih... kita berhenti pada satu titik dan memilih jalan mana yang kita inginkan..
dan.. kita hidup dengan jalan yang dipilih...
sebagaimana kita tegar memilih jalan berkenaan.. kita juga harus kuat untuk terima sebarang akibat dari jalan yang telah kita pilih..
every choice there's pro n cons ..so we must live with it and do our best...
jangan pernah salahkan takdir...
we live with our choice and apa jua akibat yang kita tanggung sekarang nih adalah hasil dari pilihan yang telah kita buat satu ketika dahulu..

same goes with love...
bagaimana awak mulakan cinta tu.. macam tu la ia akan berakhir..
law cinta dimulai atas dasar nafsu.. insyaAllah tidak akan kekal kerna nafsu didorong oleh syaitan..
dan nafsu takkan tetap.. ia akan sentiasa berubah...

lelaki sering menyalahkan perempuan bila ditipu or bila perempuan curang..
tapi pernah tak dia fikir kenapa???
dia memilih perempuan tu hanya berdasarkan wajah semata2.. kecantikkan..
law dia boleh tertarik pada gadis berkenaan.. xmustahil lelaki lain pon sama...
sema lelaki ada mata.. konfem2 perempuan tu akan pilih yang terbaik..
so sape yang nak disalahkan??? 

perempuan.. menangis.. meraung.. sumpah seranah.. bila kena tinggal..
sape yang salah??law perempuan xminta hadiah bukan2.. mahal2...
xkan laki nak tinggal camtu jer..
law mulut dah cam bertih jagung.. sape xbosan..
fikir sendiri.. bosan tak bila mak berleter?? mmg giler2 ah bosan...
sama jelah dengan lelaki...
lagi satu.. jeles tak bertempat.. ni kes lagi parah...
berkawan atas dasar kerja pown jeles... owg tu cari makan nak masuk minang awk..
mas kawin pulak mahal bak artis.. law murah xpe jugak..
wanita yg baik adalah wanita yg cepat kehamilan dan pernikahan dan wanita yang murah mas kawinnya..

kesimpulannya...
don't ever simply judge a book by it's cover ok...
kenal dulu hati budi.. buruk diluar tak semestinya buruk di dalam..
cantik diluar tak semestinya cantik didalam..
kecantikkan paras rupa takkan abdi selamanya tetapi keindahan hati dan pekerti akan sentiasa mewangi..
kekal abadi...
biar kita bangga apabila dikurnia pasangan yang indah akhlaknya dari bangga kerna paras rupa..
dan menanggung malu diakhirnya..

pengalaman sendiri kowt...
- leeya -

Thursday, October 28, 2010

sila baca (^.^)


Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..
 Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. 

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!
 1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
 Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

Monday, October 25, 2010

Iqmal Hazimi (^.^)

bila cinta.. aku suka sangat lagu nih.. buat aku teringat kat seseorang...
cinta yang hadir buat aku cukup bahagia.. dialah segala-galanya untuk aku..
untuk seketika aku merasakan akulah wanita paling bahagia...
aku cam tak percaya perkenalan kami akan membawa sejuta kegembiraan dalam hidup aku...


egonya dirimu.. huh!!!
tika itu aku baru sahaja mencecah zaman remaja.. 15tahun...
aku mengenali dia dari sebuah salur bual dalam celcom.. cupid..
dia guna nama milo84.. yang buat aku minat berkawan dengan dia bila dia cakap yang ia army..
hehehe.. time tuh aku memang tengah gila kat army..
berbual bersembang...huhu..
memang konpem dia ego... saketnya hati aku..
iqmal.. hatimu sekeras egomu...
tapi entah kenapa aku tertarik pada dia... dia jenis protective giler2..
aku rasa selamat sangat...
dalam diam aku mulai jatuh cinta padanya tapi aku diamkan sahaja..
pada aku.. lelaki seusia 22tahun mana mungkin akan menyukai gadis yang baru sahaja belajar erti hidup...


detik terindah...
26 jun 2006.. iqmal... selamanya tidak akan ku lupa tarikh ini..
detik tika kau dan aku bersatu..
bersatu diatas ikatan sebuah percintaan..
tanpa aku duga dia melamar aku untuk menjadi kekasih sekaligus permaisuri hidup dia..
anggapan aku sebelum ini meleset sama sekali..
ternyata dia jua turut merasai apa yang aku pendam selama ini...
entah mengapa... sekalipun aku baru sahaja menginjak 15tahun..
tapi hatiku kuat mengatakan yang aku benar penasaran kerna cinta iqmal..
aku gila rindu insan bernama iqmal..
aku benar2 telah jatuh hati.. jatuh kasih pada dia.. permata hatiku...
ya Allah.. terima kasih padamu kerna menyatukan cinta ini.. cinta kami...
moga kekal ke pintu syurga.. insyaAllah...


memori tika kau bersamaku...
pagi.. petang.. malam.. awak sentiasa ada.. tiap saat jika saya
perlukan awak.. saya bahagia sepanjang bersama awak..
tidak pernah awak biarkan airmata saya menitis...
entah mengapa makin lama makin saya terpaut...
senyuman awak.. pujukan awak... kasih sayang awak..
segalanya makin mebuat saya makin jatuh hati pada awak..
betapa saya bersyukur kerna menjadi pilihan awak...
awak..
kenapa tipu saya.. kenapa tak jujur pada saya yang awak kristian...
kenapa awak mengaku islam.. melayu...
patutlah awak tak pernah jawab salam saya..
awak..demi nama allah saya tak peduli.. saya sayangkan awak..
saya sebetulnya dah jatuh cinta pada awak... awaklah nafas saya.. nadi saya..
tanpa awak.. meranalah hidup saya.. hilanglah bintang yang pernah menyinari hidup saya..


mengapa ini semua terjadi...
sejak awak jujur mengatakan yang awak kristian..
awak seperti makin menjauhkan diri dari saya... kenapa...
awak jarang mesej saya.. kenapa awak makin menjauh..
saya tak kisah siapa awak.. yang saya tahu saya sayangkan awak..
awak tetap Iqmal saya... awak tetap lelaki yang sentiasa saya sayangi.. yang selalu saya rindui...
saya perlukan awak... tolonglah kembali semula pada saya...


maafkan saya...
saya silap menilai awak... awak tak pernah jauh dari saya.. malah awak makin dekat dengan saya..
khilaf saya.. selama ini awak berusaha mendekati saya.. agama saya..
saya bangga mengenali dan memiliki awak..
terima kasih sayang...
atau nama barumu.. Muhammad Iqmal Hazimi..
pandai abang pilih nama.. cantik sangat..
abang.. malam tu abang nyatakan yang abang nak jadikan saya permaisuri hidup abang,..
betul ke??? bang pasti dengan keputusan abang??? sya tak percaya..
abang main2 je kan???
kita kan masih muda...


pagi yang indah...
'sayang bangun... abang ada kat luar ni..'
la kenapa pagi sangat abang datan ni.. ada apa??
luluh jantungku saat melihat si dia hadir bersama keluarganya.. lengkap berbaju melayu..
hadir untuk menyunting aku menjadi suri hidupnya...
ya Allah.. diaku maha pengasih..betapa besar anugerah yang dikau beri kepadaku..
mulai saat itu... telah sah kami menjadi tunangan.. betapa aku bahagia dengan kurniaan mu..
betapa aku bersyukur saat cincin tersarung di jari manisku...
abang... hari2 yang ku lalui makin membuatku tak sabar untuk hidup bersamamu..
betapa aku angankan saat dikau menjadi suamiku dan aku sah menjadi milikmu...
terasa lambat benar masa berlalu... jujur ku katakan... dikau kan ku cinta sepanjang waktu..


cinta kita...
segalanya telah tersedia.. hanya menanti detik aku menjadi milikmu..
pelamin...undangan.. hantaran... segalanya telah terbina indah..
seminggu sahaja lagi sayang...semoga kau menjadi suami yang membimbing aku menuruti jalan Allah..


titisan airmata buat pertam kali ..
26 06 2009... 
'sayang.. jaga diri baik2 ye bila abang tak ada nanti... abang dah tak boleh jaga sayang..
cari lelaki yang akan jaga sayang sepertimana abang jaga sayang..
sayang.. abang minta maaf abang tak dapt tubaikan janji abang pada sayang.. abang tak mampu tunaikan janji untuk jaga sayang hingga akhir hayat abang.. insyaAllah abang tunggu sayang di pintu syurga...
sayang gadis abang buat selamanya...'
abang.. kenapa abang cakap camtu.. kita akan nikah tak lama je lagi..
kita akan bersam insyaAllah ke akhir hayat...
'sayang.. abang hanya mampu tunggu sayang hingga umur abang 25tahun jer... maafkan abang...'
abang ada operasi malam ni... syang jaga diri baik2 k...
assalammualaikum gadisku...


akhirnya cinta kita...
12malam... salam.. saya kawan iqmal...
iqmal ada kat hospital... emergency... dia tertembak masa operasi tadi..
dia pesan minta bagitahu kat awak..
ya Allah... tabahkan hatiku...
abang... sayu hati ini melihat dikau terbaring lemah disitu..
mana senyuman manis yang sentiasa kau hadiahkan padaku..
mana lembut elusanmu yang senantiasa mengelus wajahku...
sayu hati melihat dikau begini... tolonglah buka matamu sayang agar mampu ku lihat sinar indah matamu..


alhamdulillah dia sedar akhirnya.. betapa aku bersyukur... masih punya kesempatan untuku menatap jernih
redup matanya... punya kesempatan tuk menatap manis senyumnya walau tidak sesegar dulu...
namun segalanya hanya seketika jua...
abang...
akhirnya terpisah jua kasih kita...
dikau pergi tika menjelang hari lahirmu yang ke 25..
benar katamu sayang.. kau hanya mampu tunggu aku hingga dikau 25tahun sahaja..
tepat jam 10pagi dikau telah tinggalkan aku selamanya..
ya Allah beratnya dugaan yang kau timpakan padaku...
mengapa kau membawa pergi nyawaku.. cintaku...
kenapa perlu kau tarik dia pergi dariku.. betapa aku perlukan dia untuk meniti hidup ini...
aku cintakan dia... aku perlukan dia...
abang... dihadapanku kini hanyalah kaku sekujur tubuhmu..
dikau pergi bersama kasihku... bersama jiwaku.. bagaimana harusku jalani hidup ini tanpa dikau disisi....
mampukah aku temukan pengganti dirimu...
mengapa cepat benar dikau tinggalkan aku.... ya Allah.. tolong pulangkan kembali IQmal ku...
aku sayangkan dia... tolonglah..........................................


Iqmal.... saya rindukan awak....
saya masih mengharapkan awak....
selamanya saya akan tunggu awak... 
cincin ini akan sentiasa saya pegang.. tanda cinta kita berdua..


kembalikanlah Iqmal Hazimiku....
Iqmal yang aku cinta dulu kini dan selamanya...


yang menantimu....
- IL -

Sunday, October 24, 2010

ngarot jer taw..

merapu jom!! hihihi...
sebenarnya aq nk cite kt kowunk smua hrapan n angan aq bila dh kawen nty..
aq nih xad la nk rumah or kete cm lam tv tuh..
ckup la rumah biasa utk aq n suami aq bteduh..
aq law blh nk kawen bulan tujuh.. hari ketujuh.. n law blh kul7 hari jumaat..
hantaran pown law blh biar la tujuh.. tp yg plg best yg wa mak aq bengang bl aq ckp aq nk ltak mas kawen aq..
senaskhah al Quran..

aq xnk bsanding hurm..
aq kn chubby.. xlawa lak tuh..
xmo la malukan suami aq nty..
aq nk pkahwinan yg simple jer..

haa... 
law blh aq nk layan giler2 ah suami aq tuh..
yelar.. aq ner ad family yg bahagia..
ad mak ad ayah.. adik abg.. aq cuma ad mak jer..
pg sblom bgn aq nk kjotkn dia..
trademark aq.. sentuh kt pelipis pai la yer bgn..
pastu.. siapkn bekfas n law blh pkaikn yer bju..
hehehe..
tiap kali mkn aq nk suapkn yer..
xnk bg yer mkn sndri hehehe..
bl suamiku blek keje.. aq nk ciom tgn yer..
bkakkn stokin n bg ye minom air..
yg pntg.. tiap22 mlm aq nk tido ats lengan dia..
hurmm... bahagianya... hehehe..

ehem22.. tiap bersalin..
mmg aq pastikan yer akn ad d sisi aq..
nk dia azan n iqamatkn baby kitaowg..
ap g ek... hurm...
law blh aq nk dia baca quran ngan aq tiap2 mlm n bimbing aq..
yg pasti aq nk kuarga yg bahagia n blandaskan hukum syarak..
xhensem xpe.. yg pntg dia syg aq n trma mak aq..
andai la aq pergi dl.. aq hrap dia mmpu jaga mak n zuriat kami..
insyaAllah...

-leeya-