dan ibu bapa yang bakal mencoraknya ..
jika putih putihlah dan jika hitam hitamlah .
bila kain itu bertukar pada corak hodoh dan menyakitkan
siapa yang harus dipersalahkan ??
anak atau ibu bapa ?
pasti ramai yang tetap menganggap anak yang bersalah .
salahkah anak memberontak
saat dia dihina keluarga tapi ibu tidak mempertahankan .
salahkah anak memberontak
tika dia mengharapkan kasih sayang
tapi ibu sibuk dengan kekasih2nya diluar sana .
salahkan anak memberontak
bila ibu memukulnya tanpa belas kasihan
hanya kerana dia mempertahankan ibunya dari dimaki ayah tirinya .
dan ..
salahkah anak itu bila hatinya membeku
sekeras kerikil
salahkah anak itu bila tiada lagi kasih sayang pada ibunya
ya. segalanya tetap salah anak.
pengalaman zaman kanak2
menjadikan siapa aku sekarang .
keras dan degil .
maruahku dipijak keluarga
kerna aku anak serba kekurangan .
aku tak punya ibu untuk bermanja .
aku tak punya ayah untuk pertahankan aku .
aku hanya ada kucing
untuk aku menangis dan memeluk dia .
pengalaman itu menyakitkan .
menakutkan aku untuk membina keluarga .
menyerikkan .
andai takdir menyatakan aku punya zuriat
akan aku pastikan dia menjadi insan yang berhati cekal
kuat dan bahagia .
kerna aku ada
untuk menjaga
mendidik
mempertahankan
dan menyayangi dia sepenuh hati aku .
pada ibuku ,
bukan niatku menyakiti hatimu
bukan niatku menderhaka padamu
bukan mahuku jadi begini
buka inginku untuk memberontak begini
tapi ketahuilah ...
hatiku kini membeku
jiwaku berkecai kerna sikapmu .
kamu hanya seseorang yang aku panggil ibu
dan tak lebih dari itu .
andai mampu aku tukarkan nyawa sebagai bayaran
kau melahirkan aku
akan aku lakukan
kerna hidup ini aku tak perlukan
diri ini hanya sampah dimatamu
dan
andai diberi pilihan
aku takkan rela dilahirkan darimu
biarlah aku dilahirkan menjadi binatang
ada ibu binatang yang mengasihi aku
dan membela aku tika aku memerlukan .
No comments:
Post a Comment