aku anggap dia kawan
walaupun aku tahu dia bukan orang yang boleh dipercayai ..
aku anggap dia kawan
walaupun aku akui dia banyak kali menyakiti aku ..
dan kini
aku anggap dia kawan
walau berkali aku menegur dia tetap tidak mengendahkanku ..
dan kerana dia kawan
aku tetap disini menunggu agar dia memahami diri ini ..
memang aku buat benda bodoh.
kamu tahu kenapa?
kerna iman aku senipis bawang..
kerana setelah 21tahun aku hidup
baru kini aku belajar mencintai Allah ..
bukan senang untuk hidup sebagai aku
bukan senang untuk hadapi hari2 mendatang sebagai aku
kenapa?
aku terlalu banyak berdosa
aku lupakan Allah dan aku salahkan Allah atas segala
dugaan yang telah Dia turunkan padaku untuk menghapus dosaku yang menggunung ..
kau tahu apa yang aku fikirkan?
apa yang aku rasakan??
kau tahu ke???
kalau kau tahu takkan mungkin kau akan layan aku sebagaimana kau melayan aku sekarang ..
aku rasa aku terlalu lemah ..
aku rasa Allah tidak pernah sayangkan aku kerna?
kerna aku sering ditimpakan dugaan ..
kenapa kawan??
kau rasa aku hina?
kau rasa aku bodoh?
sebab tu kau buat aku macam nih?
kau tahu apa yang buat aku sedar?
seseorang yang langsung tak mengenaliku mengatakan
sesungguhnya insan yang diberikan dugaan menggunung adalah insan yang Allah paling sayang dan sebetulnya sekalipun kita kehilangan semua yang ada dalam hidup kita tapi yang pasti kita sentiasa ada Allah swt disisi kita..
semalam ..
kau kuncikan pintu ..
hari ini entah keberapa kali aku menegur tapi kau masih juga begitu ..
tak apalah..
kau rasa hinakan berkawan dengan aku?
kali terakhir aku menegur tika kita dikedai makan dan itu adalah yang terakhir ..
aku letih meletak ego ku dikaki sedangkan aku tahu kau takkan pernah mengerti ..
Assalammualaikum ..
No comments:
Post a Comment