dah banyak kali terbaca dan terdengar kononnya semua nak pasangan yang sempurna.ya aku akui,
kalau boleh sape yang tak nak kan?
kecik tapak tangan padang golf aku tadahkan huhu ..
tapi cuba fikir balik,
kalau semua nak yang sempurna nak yang baik,
sape yang nak kat jahat n xberapa sempurna tu?
bila dah xada, si jahat n xsempurna bersama la dengan yang sama level n terus menerus la institusi kejahatan berleluasa kat malaysia negara kita yang tercinta nih ..
kita selalu hanya pandai mengkomen dan mengutuk tapi xkan pernah ada inisiatif untuk mengubah.
stop talking and do something.
for those guys yang rasa diri kamu alim dan sempurna,
cari gadis yang tersasar yang tersesat ..
ubah jadi menjadi muslimah sejati bukan nya mengutuk dan buat si gadis malang tu lagi depress.
apa jua yang berlaku mesti ada sebab nya.
thing won't happen by itself.there must be a catalyst.
perempuan jahat pun boleh berubah.
kalau tak comel tu redha jelah.yang penting cukup kaki tangan kan?
bab kata ustaz idrus : tak comel takpe.boleh tutup lampu.
kamu sebagai lelaki jangan nilai perempuan dari rupa dan fizikal semata2 tapi nilai dia secara keseluruhan.
kenal dulu then judge.kalau boleh diubah mana yang bengkok ubah tapi dengan cara lembut coz kami wanita berasal dari rusuk mu wahai adam ..
and as for girl..
jangan la mencari yang hensem gaji besar sampai habis lelaki orang pun kamu sapu ..
cari yang mampu bimbing kamu ke jalan Allah cari yang mampu kamu rujuk bila perlukan bantuan hukum haram agama.
muka dan duit tak boleh jamin tempat kamu disyurga kelak.
hanya lelaki dan suami yang mithali mampu bawa kamu ke alam abadi yang bahagia.
kamu kena ingat jangan terlalu jeles coz sudah hakikat sejak azali yang lelaki dilahirkan dengan sikap gatal tu.
kamu kena yakin,
walaupun gatal mana pun dia,
yang tersayang tetap kamu sahaja.
and andai jodoh panjang
mahar kamu tu pun jangan la melebih konon nya nak tunjuk kamu tu laku ..
perempuan yang baik maharnya murah.
kahwin untuk menyenangkan bukan menyusahkan.
dah nama pun raja sehari..
baik la duit mahar tu kamu guna untuk beli rumah ke down payment kereta ke ..
bila dah nak bersalin takde la susahkan jiran kan?
most important.
biar kita tak sempurna dimata insan tapi sempurna dimata Allah.
biar hodoh dimata manusia asal indah dimata Allah ..
carilah jodoh yang baik kerana Allah bukan kerana takbur ..
assalammualaikum ..
No comments:
Post a Comment