JellyPages.com
Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, July 20, 2013

Missing Him

dari..
detik itu..
hingga tika ini..
airmata jua menjadi..
teman setia..
jatuh kerna gagal mengubati..
hati yang kian tersayat..
mengingati hancurnya aku..
melihat dia begitu..

kau..
tahukah dikau..
kau memberi turisan..
turisan yang melukakan hati aku yang sememangnya berdarah..
menghadirkan airmata yang tak termampu untuk ku hitungkan
lagi..
kerana kau..
aku lewati jalan denai berduri..
tiap kali kau sakit..
percayalah..
aku lebih terseksa..
tiap kali kau bersedih..
ketahuilah..
betapa aku kecewa..
kerna gagal membuat kau terus tersenyum..

kau..
jua menghadiahi aku segaris senyuman..
secebis kegembiraan yang telah lama hilang dari hidupku..
melapangkan jalan yang ku lewati..
memayungi aku dari hujan yang sering membasahi..

aku..
rindukan kau yang pernah menemani..
rindukan kau yang tertawa gembira..
rindukan -__- yang sering kau lakukan..
malam terasa kosong tanpa
dirimu..
terasa sunyi tanpa tawamu..
namun..
aku sedar..
walau aku cuba..
membuat kau tersenyum..
telah aku cuba..
ubati walang dipuing jiwamu..
membasuh darah yang mengotori tiap relung hatimu..
namun tetap jua aku gagal..
kerna..
aku tak bererti dalam hidupmu..
hilang aku namun ramai yang memenuhi kekosongan itu..
bukan sesiapa untukmu..

fahamilah..
jiwa aku hancur melihat hatimu kesakitan..
sedangkan insan yang menyakitimu gembira tanpa penyesalan..
hati aku tersiat..
melihat kau meratapi dia yang tidak lagi wujud dalam hidupmu..

semoga kau senantiasa bahagia..

aku yang tak bererti padamu..

No comments:

Post a Comment